KV TEMERLOH

 KATA ALUAN PENGARAH

 

 

 

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan segala limpahan rahmat dan nikmat yang dikurniakan serta dengan izinNya, alhamdulillah kita dapat bertemu lagi bagi meneruskan amanah dan tanggungjawab kita seterusnya dalam memperkasakan bidang Pendidikan khususnya dalam bidang TVET.

Tahun 2020 berlalu begitu pantas, jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada seluruh warga Kolej Vokasional Temerloh atas segala usaha, kerjasama, serta pelbagai komitmen yang telah tuan/puan laksanakan sepanjang tahun tersebut.

 

Gelombang Pandemik Covid-19 yang melanda negara merupakan cabaran besar yang kita semua hadapi pada tahun 2020.  Situasi ini amat memberi kesan kepada kita semua dan telah merubah kebiasaan sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Walaupun kita terkesan dengan bencana yang menimpa negara kita namun kita berjaya mengharunginya dan menerapkan budaya norma baharu dalam sistem Pendidikan kita.   

 

Saya amat yakin kita semua tidak akan mengalah dengan keadaan pandemik ini dan terus melangkah ke hadapan dengan semangat juang yang tinggi mendepani cabaran ini.

Hasrat saya untuk memastikan sasaran Transformasi Pendidikan Vokasional akan dapat dicapai pada tahun mendatang dengan adanya program T70, T20 dan T10  telah mula menampakkan hasilnya. Di samping itu, usaha untuk  melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif perlu diteruskan untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar menonjolkan bakat dan keupayaan dalam penghasilan idea dan ciptaan baharu.

Akhir kata, saya berdoa moga kita semua diberikan kesihatan dan kesejahteraan serta dapat terus bersama-sama dalam usaha memperkasakan bidang Pendidikan TVET khususnya.

Sekian.

‘We Create Our Future’

 

ANUAR BIN M. LELA

Pengarah